Cart 0

Iftar Ramadhan di WTCKL Bertemakan ‘Nostalgia Senja’

Iftar Ramadhan di WTCKL Bertemakan ‘Nostalgia Senja’
Terdapat lebih 300 menu yang bakal di sajikan kepada pelanggan sepanjang iftar Ramadhan bagi tahun 2023. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Restoran Riverside, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) mengundang orang ramai untuk mengimbas kembali nostalgia berbuka puasa di kampung dengan hidangan bufet meliputi lebih 300 juadah bertemakan Aneka Selera Desa pada Ramadan ini.

Diadakan di Legar Putra WTCKL, bermula 27 Mac hingga 20 April ini dari pukul 6 petang hingga 10 malam, bufet tersebut ditawarkan pada harga RM138 bagi seorang dewasa dan RM69 bagi warga emas serta kanak-kanak (berumur tujuh hingga 12 tahun).

Turut tersedia kemudahan menunaikan solat maghrib, isyak berserta tarawih di Surau Ar-Rahman terletak di Aras 3 yang selesa, berhawa dingin dan mampu memuatkan 100 jemaah dalam satu masa.

Suzaini Mohamed Salih selaku Eksekutif Chef di WTCKL berkata,  untuk tahun ini, mereka akan tampil dengan tema ‘Nostalgia Senja’ dan akan menyediakan pilihan menu istimewa dengan lima giliran berbeza setiap minggu.

“Selain itu, para tetamu boleh menikmati  lebih 90 peratus hidangan klasik melayu dan 1 menu western serta 1 menu masakan cina. Kami juga menyediakan 14 buah stall yang turut merangkumi menu lain seperti nasi dagang dan nasi kerabu yang akan bergilir”, ujarnya

“Jika sebelum ini, kami hanya menyediakan 50 peratus hingga 70 peartus masakan melayu tetapi untuk kali ini kami memilih untuk menyediakan lebih 90 peratus masakan melayu kerana ianya adalah berdasarkan daripada komen serta permintaan pelanggan”, tambahnya.

Read more at :- https://v2.mediatormalaysia.com/2023/berita/01/19/iftar-ramadhan-di-wtckl-bertemakan-nostalgia-senja/ 



Older post Newer post